Seperti pada akhbar harian metro hari ini, dimana penipuan sms ini kembali setelah lama agak senyap. Mungkin disebabkan sambutan Peraduan Power Root musim kedua ini. Penipu mengambil kesempatan daripada iklan power di media masa seperti TV untuk menarik minat mangsa yang kononnya telah terpilih untuk memenangi wang RM1. RM2. 0,0. 00 dan sebagainya. Ini adalah keratan artikel daripada Harian Metro yang mendedahkan taktik penipuan ini PUTRAJAYA Sindiket menipu orang ramai melalui SMS kembali aktif dan kali ini, sindiket yang dipercayai didalangi warga Indonesia itu menggunakan nama syarikat tertentu bagi mengaburi mangsanya. Dalam kes terbaru, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Diana, 2. Bangi, berkata dia terkejut apabila menerima SMS yang memaklumkannya memenangi wang tunai RM1. Saya tidak pernah menyertai mana mana peraduan dan apabila secara tiba tiba menerima SMS yang menyatakan saya memenangi wang sebanyak itu, saya jadi keliru. Saya pernah membaca dalam akhbar mengenai orang ramai yang menjadi mangsa penipuan seperti ini, katanya yang datang ke pejabat Harian Metro, di sini, semalam. SMS dari talian 0. Congratulations Nombor Telefon Anda tlh bjaya Mendptkan hadiah Utama Wang RM1. Sila telefon 0. 12 8. No Pin 4. 7xx. 01. Terima Kasih. Wartawan Harian Metro kemudian menghubungi nombor 0. Bagaimanapun, ketika dihubungi nombor 0. Indonesia. Ikuti perbualan antara wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai individu yang menerima SMS itu dengan lelaki itu. Wartawan Hello. Saya ada terima SMS yang katakan saya menang RM1. Lelaki Ya. Semalam, kami adakan peraduan cabutan bertuah bagi pengguna nombor telefon bimbit dan nombor kamu menang peraduan itu. Wartawan Tapi, saya tak masuk apa apa peraduan. Lelaki Ya. Memang. Tapi nombor kamu dipilih daripada beribu nombor lain. Boleh kamu bagi nombor telefon kamu sebab kami mahu masuk komputer. Wartawan Betulkah ini peraduan dari Lelaki Ya. Memang betul. Bagi nombor kamu sekarang. Wartawan Boleh saya tahu pejabatnya di manaLelaki Pejabat kami di KLCC Kuala Lumpur City Centre. Wartawan Boleh saya tahu nama kamuLelaki Haji AhmadHaji Ahmad Yusof. Kamu kena bagi nombor telefon kamu supaya boleh dimasukkan dalam komputer. Lagi cepat kamu bagi, lagi cepat kamu dapat duit. Wartawan Buat apa saya mahu bagi nombor saya sebab kan nombor saya sudah dipilih sebagai pemenangLelaki Memang. Tapi saya tak tahu nombor kamu. Wartawan Boleh saya tahu jawatan kamu di sini KLCC. Lelaki Saya kerja opis. Wartawan Apa jawatan kamu di sini Lelaki Kerja opis la. Perbualan terhenti di situ apabila lelaki itu memutuskan talian. Wartawan Harian Metro cuba menghubungi nombor telefon bimbit itu sekali lagi tetapi tidak dijawab. Harian Metro pernah mendedahkan taktik sama digunakan satu sindiket menggunakan nama beberapa syarikat. Sumber Harian Metro. Biasanya penipuan ini mengunakan jenama terkenal seperti Petronas, Astro, Akademi Fantasia, Power Root dan banyak lagi. Jika anda menerima sms atau panggilan telefon yang kononnya anda memenangi peraduan sedangkan anda tidak menyertainya. Abaikan dan jangan mudah mempercayainya. Jika anda menyertainya, biasanya yang akan menelefon adalah Rosyam Nor dan ketika itu ianya secara langsung menerusi TV3. Harap anda tidak tertipu. Incoming search terms power root sdn bhdpower rootwww powerroot com mypower root sdn bhd cabutan bertuahcabutan bertuah power rootpower root e 2. Post Views 7,7. 85. Type Of Business License In Malaysia more.